Friday, October 9, 2015

Formula Mengira Tambun Tanah/ Pasir



Kami menerima banyak pertanyaan akan kos bagi menambun tanah/pasir. Rata rata ramai kurang pasti berapakah bajet yang perlu diperuntukkan untuk menambun tanah/pasir. 

Hari ini kami ingin berkongsikan bagaimana mengira jumlah lori yang diperlukan bagi menambun dan kosnya. 

Contoh kes:
Tanah seluas 5,000 kps hendak ditambun setinggi 3 kaki.

Formula bagi mengira bilangan lori yang diperlukan untuk setiap sekaki tambun:
[nota ** formula ini bagi saiz lori sederhana bukannya lori 10 tayar]

Keluasan tanah (dalam kaki persegi) / 43560 x 234 = bilangan lori



Katakan tadi luas tanah anda 5,000 kps. Jadi bilangan lori yang diperlukan untuk menambun setinggi sekaki.

5,000 / 43560 x 234 = 26.8 lori atau 27 lori.

Ok, itu baru untuk setiap sekaki tambun. Jika dalam kes di atas 3 kaki tambun;

27 lori x 3 kaki = 81 lori

Jadi, kini tinggal kos bagi harga sebuah lori. Jika di Kelantan, rata rata kos bagi sebuah lori yang didatangkan bersama jentera bagi meratakan tanah tersebut berharga sekitar RM 90-130 selori.
(Harga berbeza disebabkan jarak lokasi sumber tanah/pasir diambil ke tapak yang ditambun).

Jadi bagi 81 buah lori diperlukan, anda perlu menjangkakan kos tambun anda sekitar RM 7,290 ke RM 10,530.

Kos di negeri lain mungkin lebih rendah atau lebih kurang sama atau lebih mahal dari di Kelantan. Jadi anda perlu semak dengan harga lori khidmat tambun di tempat anda.
Yang penting anda tahu bilangan lori yang diperlukan dengan menggunakan formula diatas.

Tips Tambahan!
Jika kawasan tanah anda tidak rata iaitu ada kawasan yang rendah dan ada kawasan yang tinggi, perhatikan rendah mana tanah tersebut. Katalah rendah sesetengah dari kawasan tanah anda ada yang hampir setengah kaki, jadi perlebihkan kiraan tambun anda setinggi sekaki.

Tips Bonus!
Jika anda berhasrat membina rumah dalam jangka masa terdekat selepas tapak ditambun, pastikan anda tambun dengan pasir bukannya tanah bagi lokasi tapak binaan.
Pasir sifatnya lebih kemas berbanding tanah.

Tips Extra Bonus!
Sebelum anda menambun, jika anda mencuci kawasan tanah tersebut seperti menebang pokok-pokok, pastikan buang semua pokok di tempat lain. Jangan ditanam dibawah tanah/pasir yang ditambun.

Risiko berlaku keretakan rumah tinggi kerana dahan pokok pokok yang mati itu akan mula mereput dan akan menyebabkan aliran pergerakan tanah/pasir dibawahnya yang memenuhi ruang pokok yang mereput.

Tambah Lagi Info Super Extra!
Kenapa tidak guna lori tayar 10? Betul jika kita dapat gunakan lori tayar 10 lebih jimat kerana dapat membawa tanah/pasir dalam kuantiti banyak.

Tetapi kebiasaannya pengusaha lori akan tengok juga kawasan yang hendak ditambun. Jika ia terletak tepi jalan besar, mereka mungkin boleh guna lori tayar 10.

Tetapi jika tanah anda terletak dalam jalan kampung atau perumahan, kebanyakan pengusaha tidak berani kerana risiko jalan kampung pecah disebabkan beban lori itu.
Pernah jadi orang kampung bawa parang halang lori masuk. Anda perlu tahu Grade Jalan Tar di kawasan perumahan atau jalan kampung bukanlah grade seperti jalan tar highway.

Tambahan lagi, lori lebih berat akan lebih mudah sangkut jika tanah tempat anda itu lembut. Malah lori juga boleh sangkut dikawasan lokasi sumber tanah yang diambilnya. Jadi kebanyakan pengusaha tidak berani ambil risiko guna lori besar.

Extravaganza!
Jika anda tambun tanah melebihi 2 kaki, anda perlu memikirkan kos bagi membina benteng disekeliling tanah anda bagi mengelakkan tanah itu turun ke kawasan rendah apabila tiba hujan lebat.

Ia boleh lama kelamaan merebak ke rumah jika tidak dihalang. Antara kaedah yang paling kos terendah adalah menanam rumput (seperti yang dibuat di lereng bukit di tepi highway).

Tetapi rumput tidak dapat menahan hakisan tanah jika kawasan itu kerap didatangi hujan dan rumputnya pula masih baru belum berakar banyak.

Jadi pilihan kedua meletakkan konkrit kerek telaga. Akan tetapi kerek telaga berkonkrit menjadikan pandangan tepi tanah anda tidak cantik. Jika anda berhasrat membina pagar di atasnya kemudian hari, ia menjadi sedikit sukar untuk dibuat.

Kaedah paling terbaik adalah ikat bata sembilan. Tetapi kosnya adalah paling mahal berbanding tanam rumput dan kerek telaga.

Itu sahaja perkongsian hari ini. Share jika ia bermanfaat.

Jom bina rumah atas tanah sendiri. Dapatkan tips mudah bina rumah atas tanah sendiri, klik dan LIKE fanpage kami pada link dibawah ini.

=> https://www.facebook.com/binarumah4u

3 comments:

  1. kalau kiraan untuk lori 10tayar macam mana pulak cik

    ReplyDelete
  2. Tempoh berape bulan dapat buat rumah selepas tambun pasir?

    ReplyDelete