Friday, October 9, 2015

JANGAN Bertangguh Untuk Bina Rumah Sendiri

Bina Rumah Sendiri


1) Harga rumah tidak murah saban tahun. Sejarah menunjukkan harga rumah semakin mahal dan tidak pernah menurun. Makin ditunggu, orang lain akan ambil peluang membeli. Tidak tahun ini, tahun hadapan harga naik, dengan kenaikan gaji tahunan yang sedikit, kemampuan membeli rumah makin mengecil.
Jika hari ini kita layak rumah berkeluasan 2000 kaki persegi dengan harga rumah RM300,000, tahun hadapan, dengan nilai gaji yang sama mungkin hanya mampu membeli rumah berkeluasan hanya 1800 kaki persegi pada harga RM300k juga.
Ini disebabkan kos membina rumah, kos buruh, & lain-lain seperti kenaikan harga minyak, GST menekan harga rumah.

2) Mahu lokasi bandar dengan harga murah. Kita tidak boleh menunggu kerajaan hulurkan tongkat membina rumah murah di kawasan bandar. Jika hari ini kita layak pinjaman RM250,000 tetapi harga rumah di bandar semuanya RM300,000 ke atas, carilah diluar bandar sedikit.
Potensi luar bandar akan naik pada masa depan. Jangan fokus hendak kawasan bandar sahaja jika tidak mampu. Pembangunan akan tetap sampai ke luar bandar apabila kawasan bandar mulai sesak dan penuh.
3) Usia bukan makin muda. Kalau hendak ditangguhkan, sampai umur berapa. Setiap tahun usia makin meningkat dan tempoh pinjaman akan makin pendek sejajar dengan pertambahan usia.
Apabila tempoh pinjaman pendek, kadar bulanan bayaran ke bank akan lebih mahal.
Manfaatkan pinjaman perumahan ketika masih muda.
4) Warisan harta pada keluarga
Jika kita meninggal pada usia muda, apakah warisan harta pada keluarga yang menyandarkan kehidupan pada kita? Isteri dan anak perlu tempat berteduh.
Setidak-tidaknya, mereka boleh tinggal dirumah tersebut apabila kita tiada. Dan mereka boleh jadikan ia aset mereka.
5) Komitmen makin meningkat
Saban tahu apabila pertambahan ahli keluarga bagi mereka yang berkahwin, sara hidup akan turut naik. Ini termasuklah disebabkan kenaikan harga barangan.
Jadi, kita akan sentiasa tidak cukup wang. Jika tidak hari ini, tahun hadapapun akan hadapi masalah sama.
Jika kita kekal menyewa rumah pun, rumah itu milik tuannya. Harga sewa pun akan turut naik setiap 2 tahun. Sampai bila-bilapun kita akan kerugian.

Jom bina rumah atas tanah sendiri. Dapatkan tips mudah bina rumah atas tanah sendiri, klik dan LIKE fanpage kami pada link dibawah ini.

=> https://www.facebook.com/binarumah4u

No comments:

Post a Comment