FORMULA HORSEPOWER PENGHAWA DINGIN/ AIRCOND
Seringkali kita kurang pasti untuk memilih kesesuaian HP (Horsepower) bagi penghawa dingin sama ada dalam bilik tidur, ruang tamu, ruang famili dan sebagainya.
Disini kami ingin kongsikan formula ringkas yang boleh digunakan sebagai rujukan sebelum pembelian penghawa dingin dibuat.
Tips Bina Rumah Banglo
Friday, October 9, 2015
Tingkap Aluminium Rekaan Kayu
Jika anda berminat bina rumah yang ala-ala tradisional atau Resort (berkonsepkan kayu), biasanya kita mahu lihat semua struktur rumah dibuat daripada kayu. Ini tidak terkecuali ruangan bingkai tingkap.
Cuma, masalah penggunaan kayu pada zaman ini adalah, kebanyakan kayu yang ada dipasaran adalah kayu muda yang mana ia mudah untuk meleding, mengembang, dan mengecut seiring dengan perubahan cuaca di luar rumah.
Dan kayu mempunyai "darah" atau getahnya sendiri. Apabila ia terdedah dengan tempias air hujan, getah dalam kayu akan keluar mengalir. Warna getah ini adalah mengikut jenis kayu, ada yang warnanya merah, ada warnanya hitam, ada pula warnanya koko dan sebagainya.
Jadi, bagi mengelak permasalahan yang timbul, biasanya bingkai tingkap hari ini telah ditukar kepada bingkai tingkat alumunium sebagai alternatif.
Bina Rumah Atas Tanah Sendiri
BINA RUMAH ATAS TANAH SENDIRI
::Maklumat Rumah::
Bilik Tidur: 6
Bilik Air: 5
Luas Rumah: 3007 kaki persegi
Harga Rumah [termasuk GST] :RM 420,800 (Tidak termasuk tanah serta aksesori dalaman)
Harga Rumah [termasuk GST] :RM 420,800 (Tidak termasuk tanah serta aksesori dalaman)
::Status::
Kesiapan: 100%
Kontraktor: Mahligai Idaman
Ingin bina banglo seperti ini di atas tanah anda di Kelantan, Terengganu, Pahang? Kami mempunyai perkhidmatan bina banglo bagi 3 negeri ini.
Jaminan Kualiti Keutamaan Kami
Tips Bina Rumah : Pemasangan Mozek Besar
Pemasangan mozek bersaiz besar 2'x2' dan ke atas melibatkan proses yang lebih rumit berbanding mozek bersaiz kecil. Disebabkan oleh faktor saiz, proses pemasangannya berbeza untuk mengelakkan masalah mozek tercabut (meletup) di kemudian hari.
Jika mozek saiz kecil menggunakan simen biasa bagi melekatkan mozek, mozek bersaiz besar perlu dilumur dahulu dengan campuran simen gam dan latex atau dikenali sebagai susu mozek. Campuran ini akan menjadi agen untuk melekatkan mozek dengan kuat pada lantai.
Pembelian Mozek Berlebihan Membazir
Mozek adalah antara barangan yang cepat bertukar-tukar dan anda mudah berdepan dengan masalah ketiadaan stok jika mozek rumah anda tidak mencukupi semasa pemasangan.
Antara sebab berlaku masalah mozek tidak mencukupi adalah :
1. Silap pengiraan
2. Mozek pecah di dalam kotak
3. Mozek pecah semasa pemasangan
Bagi mengelak masalah silap pengiraan, anda perlu membuat pengiraan sendiri dengan mengambil kira keluasan lantai dan juga 'skirting' (jika ada).
Floor Drain Untuk Keselamatan
Floor drain' adalah sebuah alat mudah yang digunakan untuk menutup lubang saliran air buang contohnya di dalam tandas.
Contoh gambar ini menunjukkan floor drain yang mempunyai rekaan istimewa dengan tujuan mengelakkan serangga seperti lipas keluar melalui lubang saliran tersebut.
Sebagai perbandingan harga, floor drain seperti ini berharga sekitar RM50 seunit berbanding yang biasa dengan harga RM5.
Jom bina rumah atas tanah sendiri. Dapatkan tips mudah bina rumah atas tanah sendiri, klik dan LIKE fanpage kami pada link dibawah ini.
=> https://www.facebook.com/binarumah4u
Formula Mengira Tambun Tanah/ Pasir
Kami menerima banyak pertanyaan akan kos bagi menambun tanah/pasir. Rata rata ramai kurang pasti berapakah bajet yang perlu diperuntukkan untuk menambun tanah/pasir.
Hari ini kami ingin berkongsikan bagaimana mengira jumlah lori yang diperlukan bagi menambun dan kosnya.
Contoh kes:
Tanah seluas 5,000 kps hendak ditambun setinggi 3 kaki.
Formula bagi mengira bilangan lori yang diperlukan untuk setiap sekaki tambun:
[nota ** formula ini bagi saiz lori sederhana bukannya lori 10 tayar]
Keluasan tanah (dalam kaki persegi) / 43560 x 234 = bilangan lori
Subscribe to:
Posts (Atom)