Friday, October 9, 2015
Tingkap Aluminium Rekaan Kayu
Jika anda berminat bina rumah yang ala-ala tradisional atau Resort (berkonsepkan kayu), biasanya kita mahu lihat semua struktur rumah dibuat daripada kayu. Ini tidak terkecuali ruangan bingkai tingkap.
Cuma, masalah penggunaan kayu pada zaman ini adalah, kebanyakan kayu yang ada dipasaran adalah kayu muda yang mana ia mudah untuk meleding, mengembang, dan mengecut seiring dengan perubahan cuaca di luar rumah.
Dan kayu mempunyai "darah" atau getahnya sendiri. Apabila ia terdedah dengan tempias air hujan, getah dalam kayu akan keluar mengalir. Warna getah ini adalah mengikut jenis kayu, ada yang warnanya merah, ada warnanya hitam, ada pula warnanya koko dan sebagainya.
Jadi, bagi mengelak permasalahan yang timbul, biasanya bingkai tingkap hari ini telah ditukar kepada bingkai tingkat alumunium sebagai alternatif.
Yang bagusnya, sekarang sudah ada bingkai tingkap aluminium yang dicat (sadur) dengan warna seakan-akan kayu. Sekaligus ia memberi sisi pandang sebagai sebuah pengganti kayu yang sangat sempurna.
Ia sangat sesuai digunakan pada binaan rumah yang banyak bermain dengan konsep tradisional ataupun konsep resort.
Warna kayu dan coraknya juga banyak, ada warna kayu jenis cerah, ada yang warna kayu jenis gelap, dan bermacam lagi.
Tetapi harganya mahal berbanding jenis bingkai alumunium biasa (standard) yang bewarna coklat atau silver. Anggarannya adalah sekitar RM 12-15 sekaki persegi lebih mahal daripada bingkai alumunium yang biasa.
Tetapi jika anda mempunyai bajet yang lebih, mengapa tidak menukar bingkai alumunium pada corak kayu ini! Sudah tentu ia menjadikan rumah anda lebih cantik dan lebih elegan!
Jom bina rumah atas tanah sendiri. Dapatkan tips mudah bina rumah atas tanah sendiri, klik dan LIKE fanpage kami pada link dibawah ini.
=> https://www.facebook.com/binarumah4u
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment