FORMULA HORSEPOWER PENGHAWA DINGIN/ AIRCOND
Seringkali kita kurang pasti untuk memilih kesesuaian HP (Horsepower) bagi penghawa dingin sama ada dalam bilik tidur, ruang tamu, ruang famili dan sebagainya.
Disini kami ingin kongsikan formula ringkas yang boleh digunakan sebagai rujukan sebelum pembelian penghawa dingin dibuat.
Formula:
Keluasan bilik (dalam kaki persegi) x 75/9000 =
Contoh;
Sebuah bilik bersaiz 12 kaki x 12 kaki;
(12 x 12) x 75/9000 = 1.2
Disini, anda masih boleh menggunapakai penghawa dingin yang HP (horsepower)nya sama ada 1HP atau 1.5HP. Seeloknya adalah 1.5 HP.
Mudah sahaja tips hari ini. Moga memberi manfaat kepada semua.
Jom bina rumah atas tanah sendiri. Dapatkan tips mudah bina rumah atas tanah sendiri, klik dan LIKE fanpage kami pada link dibawah ini.
=> https://www.facebook.com/binarumah4u
No comments:
Post a Comment