Friday, October 9, 2015

Penerangan Mengenai Spesifikasi Bina Rumah Atas Tanah Sendiri Oleh Kami



1) Atap Geting Jenama Monier Jenis Contour
Kelas atap yang berkualiti dan antara terbaik dlm pasaran berbanding jenis Monier Premier. Harga lebih mahal berbanding jenis Monier lain spt Alabama & Premier.

Kebiasaan kontraktor lain guna jenis lebih rendah dan murah berbanding Monier Contour.

Kelebihan atap geting Monier Contour berbanding atap geting jenis Alabama & Premier adalah atap Contour mempunyai sedikit glace (sedikit kilat) yang memudahkan maintainance. Jika kulat tumbuh selepas 5,6 tahun, tuan rumah hanya perlu guna water jet bagi buang kulat disebabkan tidak lekat. Berbanding atap geting lain, jika kulat melekat perlu disental dan disembur water jet. Potensi cat dari atap akan tertanggal dan memudarkan warna atap selepas disental.



2) Besi dalam body rumah adalah Y12 (ikut pd spec JKR)
Biasa org lain guna Y10 sahaja utk rumah 1 tingkat. Besi Y12 boleh naik sampai 2 tingkat jika pada masa depan nak renovate rumah jadi 2 tingkat. Sedangkan Y10 mmg xboleh bina rumah 2 tingkat.

3) Besi BRC pada pelantaian rumah
Besi ditambah bagi mengikut spesifikasi JKR, memegang lantai daripada retak akibat pemendapan tanah. Banyak kontraktor kecil-kecilan tidak guna besi BRC untuk menjimatkan kos.

4) Pintu rumah kayu Nyatuh atau setara dengannya (dalam dan luar)
Harga di pasaran sekitar RM 300-400 berbanding guna kayu meranti yg harga RM150-200.
Tidak banyak kontraktor guna kayu nyatuh bagi menjimatkan kos. Mereka lebih prefer kayu meranti.
Sebuah rumah mempunyai sekitar 10 puntung pintu (pintu depan, dapur, bilik, bilik air).

5) Mangkuk tandas berharga RM300-350 (jenama yang biasa digunakan adalah Cerasan)

6) Cat Kansai Paint 5 tahun warranti. Sama level kualiti dgn Nippon dan Jotun. Lebih baik berbanding cat MSI@Mr Paint.

7) Kayu Kelat @ Kayu berubat Malaysia utk kerangka bumbung. Kami tidak gunakan kerangka atap besi.

8) Siling kapur 1 tingkat utk semua lokasi termasuk bilik air, bilik, dapur, ruang famili, porsch kereta.

9) Mozek; disemua tempat rumah - bilik tidur, ruang tamu, dapur, porch kereta, ruang famili.
Harga mozek 1kaki x 1 kaki sekitar RM2.50 sekeping. Boleh pilih apa-apa jenama dan corak selagi dalam lingkungan harga tersebut.

Mozek 1 kaki setengah x 1 kaki setengah sekitar RM 4.40 sekeping. Boleh pilih apa-apa jenama dan corak selagi dalam lingkungan harga tersebut
Mozek di bilik air setinggi 7 kaki. Boleh elakkan air percik ke dinding yang menyebabkan kulat pada dinding rumah. Kebanyakan kontraktor lain hanya beri sehingga 5 kaki sahaja.

10) Sinki dlm tandas harga sekitar RM150++
Sinki dapur 3 lubang harga sekitar RM300++

11) Longkang jenis glace (berkilat). Mudah untuk maintainance. Apabila kulat mula tumbuh, hanya perlu sembur dengan air.

12) Dapur: Table Top di dapur sepanjang 10 kaki. Bermozek.

13) Punca kuasa untuk lampu, kipas. Pendawaian single phase.

14) Paip, shower adalah jenis chrome. Material seperti besi. (bukan plastik)

Jom bina rumah atas tanah sendiri. Dapatkan tips mudah bina rumah atas tanah sendiri, klik dan LIKE fanpage kami pada link dibawah ini.

=> https://www.facebook.com/binarumah4u

Kami pada tajuk diatas bermaksud - Kontraktor Mahligai Idaman, mempunyai 3 cawangan di pantai timur iaitu di Kelantan, Pahang dan Terengganu.

1 comment:

  1. Struktur binaan & pemilihan kemasan bumbung sangatlah penting kerana ia terdedah dengan berbagai keadaan cuaca/persekitaran. Terima kasih berkongsikan tips.

    ReplyDelete