Ramai juga yang bertanya, macam mana pengiraan bagi bakal klien yang ingin buat pinjaman bank. Dalam siri yang lepas, kami cadang membuat semakan pre-screening dengan beberapa buah bank akan kelayakan pinjaman mereka.
Salah satu sebab kami tidak dapat menganggar secara tepat berbanding pinjaman kerajaan adalah kerana setiap bank mempunyai kiraan yang berbeza dan syarat mereka boleh berubah mengikut keadaan semasa tanpa memberi notis kepada kita.
Dan beberapa syarat mereka boleh berbeza antara seorang individu dengan individu yang lain. Disini kami berikan anggaran secara kasar untuk menjawab soalan bakal klien.
Contoh:
Jika pekerja swasta yang memohon pinjaman bank, kebiasannya bank akan melihat komitmen tetap bulanan pemohon tidak lebih dari 60% dari gaji pokok pemohon.
Sebagai contoh gaji pokok RM 4,000. Jika 60% dari jumlah RM 4,000, pemohon secara relatifnya layak memohon pinjaman yang mana bayaran bulanannya RM 2,400.
Jika pemohon sudah mempunyai pinjaman kereta RM800 sebulan, maka kelayakan pinjaman rumah yang layak di pohon adalah dengan bayaran bulanan; RM 2,400 - RM 800 = RM 1,600.
Baik, disini, berapakah kelayakan harga rumah bagi pemohon yang layak meminjam dengan bayaran bulanan RM2,400 & juga pemohon yang layak meminjam dengan bayaran RM1,600 seperti kes di atas?
Kita boleh rujuk kiraan disini: http://www.hartanahdisini.com/kalkulator-pinjaman/
Kami ambil contoh pinjaman bagi bank yang kadar interestnya 4.35% (Nota: Kadar Interest berbeza bagi setiap bank).
Dengan bayaran bulanan RM 2,400, jika pinjaman rumah sebanyak 90% dari harga rumah dengan tempoh 30 tahun, maka kelayakan pemohon adalah rumah berharga RM 550,000.
Kiraan:
Harga Rumah: RM550,000
Tempoh Pinjaman: 30 tahun
Kadar Faedah: 4.35%
Bayaran Muka (10% dari harga hartanah): RM55,000
Bayaran bulanan: 2464
Harga Rumah: RM550,000
Tempoh Pinjaman: 30 tahun
Kadar Faedah: 4.35%
Bayaran Muka (10% dari harga hartanah): RM55,000
Bayaran bulanan: 2464
Dengan bayaran bulanan RM 1,600, jika pinjaman rumah sebanyak 90% dari harga rumah dengan tempoh 30 tahun, maka kelayakan pemohon adalah rumah berharga RM 350,000.
Kiraan:
Harga Rumah: RM350,000
Tempoh Pinjaman: 30 tahun
Kadar Faedah: 4.35%
Bayaran Muka (10% dari harga hartanah): RM35,000
Bayaran bulanan: 1568
Harga Rumah: RM350,000
Tempoh Pinjaman: 30 tahun
Kadar Faedah: 4.35%
Bayaran Muka (10% dari harga hartanah): RM35,000
Bayaran bulanan: 1568
Ok, baiklah, ini hanya kiraan kasar sahaja, ia boleh jadi tidak tepat. Kita perlu ingat bahawa banyak faktor bank lihat pada kelayakan pemohon. Disini kami senaraikan beberapa faktor:
1) Umur pemohon. Kebiasaanya jika pemohon berusia 30 tahun ke bawah, bank boleh pertimbangkan untuk memberi tempoh pinjaman sehingga 35 tahun.
2) Elaun & Pendapatan Sampingan.
Jika pemohon mempunyai elaun di samping gaji pokok, bank juga akan menilai ini sebagai salah satu sumber pendapatan. Kelayakan pemohon akan bertambah. Cuma, bank mempunyai percentage tersendiri dalam kiraan kelayakan berdasarkan elaun.
Begitu juga dengan pendapatan sampingan seperti hasil duit sewa rumah, royalti buku, dan lain-lain.

3) Rekod pinjaman yang lain seperti penggunaan kad kredit, kereta, pinjaman peribadi.
Percaya atau tidak, sesetengah bank mengurangkan kelayakan pemohon yang tidak mempunyai kad kredit! Kebiasaanya terjadi pemohon yang tidak pernah membuat pinjaman dan pinjaman rumahlah adalah pinjaman pertama mereka.

Tujuan bank berbuat demikian adalah kerana mereka tidak mempunyai data rekod pemohon terhadap mana-mana pinjaman. Mereka tidak tahu habit pemohon sama ada mereka jenis membayar pinjaman atau liat membayar.
Kad kredit adalah antara paling mudah bank mengesan habit pemohon kerana interestnya tinggi. Pembeli yang guna kad kredit dan bayar dengan baik, mereka akan di pandang tinggi pihak bank!
Bagi pemohon yang menjadi guarantor pada mana-mana pinjaman yang dibuat orang lain seperti saudara-mara, berhati-hatilah kerana jika saudara mara gagal membayar walaupun nilainya kecil, bank boleh memberi alasan menolak pinjaman pemohon. Itu sebabnya, jangan jadi guarantor walaupun pada saudara sendiri. Risikonya adalah lebih pada kita.
4) Berkahwin
Pemohon yang berkahwin adalah lebih bertanggungjawab terhadap kewangan mereka. Dan kebiasaannya mereka mempunyai markah yang lebih dalam penilaian pihak bank berbanding pemohon yang bujang!
Pemohon yang berkahwin adalah lebih bertanggungjawab terhadap kewangan mereka. Dan kebiasaannya mereka mempunyai markah yang lebih dalam penilaian pihak bank berbanding pemohon yang bujang!
5) Nilai gaji
Bagi pekerja yang bergaji pokok sekitar RM5,000 ke bawah, kebiasaanya bank akan menilai kelayakan pinjamannya tidak lebih 60% dari gaji pokoknya.
Bagi pekerja yang bergaji pokok sekitar RM5,000 ke bawah, kebiasaanya bank akan menilai kelayakan pinjamannya tidak lebih 60% dari gaji pokoknya.
Akan tetapi pekerja yang bergaji RM5,000 ke atas, bank boleh membenarkan kelayakan pinjaman mereka sehingga tidak lebih 70% dari gaji pokoknya.
6) Syarikat berkerja
Bagi pekerja yang bekerja dengan syarikat GLC seperti Petronas, MAHB, TNB, Celcom dan lain-lain gergasi dalam industri, bank melihat pekerja ini bekerja dengan syarikat yang stabil dan selamat. Penilaian mereka lebih baik berbanding yang bekerja dengan syarikat kecil.

Dan berbagai-bagai lagi faktor. Sebab itu, kami tidak menganggar secara tepat kelayakan pinjaman bank. Bukan semudah seperti pinjaman kerajaan.
Agen boleh menerangkan kaedah di atas kepada klien tetapi kaedah paling tepat adalah dengan menasihatkan bakal klien supaya berjumpa dengan pegawai bahagian pinjaman rumah dengan beberapa bank.
Bawa slip gaji 3 bulan terkini, penyata KWSP, penyata akaun bank untuk 6 bulan terkini. Pihak pegawai bank akan interview pemohon untuk melihat history pinjaman lepas dan mengetahui profile pemohon.
Jumpa pegawai tersebut dan beritahu, saya ingin tahu kelayakan maksimum yang saya boleh dapat untuk pinjaman rumah. Jika pegawai bank tanya di mana pelan rumah, sudah adakah, beritahu sahaja mereka, anda tiada lagi pelan rumah, anda ingin tahu kelayakan maksimum yang boleh pinjam.
Dari situ baru kita boleh anggar harga hartanah yang boleh dibina.
Sekian
Jom bina rumah atas tanah sendiri. Dapatkan tips mudah bina rumah atas tanah sendiri, klik dan LIKE fanpage kami pada link dibawah ini.
=> https://www.facebook.com/binarumah4u
Jom bina rumah atas tanah sendiri. Dapatkan tips mudah bina rumah atas tanah sendiri, klik dan LIKE fanpage kami pada link dibawah ini.
=> https://www.facebook.com/binarumah4u
Sumber asal Mahligai Idaman
No comments:
Post a Comment